Wednesday 13 July 2011

Kem Sains-Angkasa & Astronomi , SJK(C) Sin Kwang,Sungai Petani

Global Link Educational Tour Sdn Bhd, Aerospace Education Service, Persatuan Astronomi Malaysia telah bergabung dengan Panitia Sains SJK(C)Sin Kwang untuk mengadakan Kem Sains(Angkasa dan Astronomi) pada 22hb hingga 27hb Mei 2011 di dewan SJK(C)Sin Kwang. Matlamat kem ini adalah untuk memupuk minat murid-murid terhadap ilmu Sains di samping mendapat pendedahan terhadap ilmu astronomi.
Aktiviti utama kem ini termasuklah Omnister, Delta Kite, Straw Rocket, Flight Simulation, Paper Palin dan lain-lain lagi. Seramai 66 orang guru dan 251 orang murid turut serta dalam kem ini. Murid yang menyertai kem ini akan dianugerah sekeping sijil kehadiran yang ditandatangani oleh angkasawan Negara.


Aktiviti ini berjalan lancar dan murid-murid berpeluang menyaksikan tayangan berkenaan astronomi. Kem ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Beliau telah berkongsi detik-detik semasa beliau berada di luar angkasa dengan murid-murid. Penerangan yang disampaikan oleh beliau yang berpengalaman amat jelas dan menarik.

 




12 comments:

MUHAMAD SOBRI B ABDUL RAHIM said...

bestnya dapat berjumpa dengan angkasawan negara... :)

norizam8571 said...

Aktiviti keilmuan...

Anirah said...

aktiviti yang menarik

Norani Ismail (s210121) said...

wahhhh.....seronoknya...angkasawan negara pun datang...mesti murid2 seronok ni n semangat nak jadi angkasawan...

Mohamad Nizam 210510 said...

Cemerlang

Muhamad Nazri(nazripengeran) said...

Canggih blog cikgu.Tahniah no

Norma said...

Tahniah, dapat berjumpa angkasawan negara.

Wan Ita said...

wow,terujanya tgk aktiviti Kelab nie..tahniah!!!

Md Rani Omar 210176 said...

Memang seronok dapat bertemu dengan angkasawan negara, bukan saja murid malah guru pun turut sama merasai kegembiraannya.

Norzita Othman (210454) said...

pengalaman yang menarik, bukan senang nak jumpa angkasawan negara

zakaria said...

Yang paling I teruja...muzik yang d mainkan...masukkan lah singer From Hong Kong...pasti ada ummppp....bye..

Cikgu Lili 210462 said...

ini memang merupakan satu program yang sangat hebat! Murid-murid di sekolah cikgu sungguh bertuah! Syabas!!!!!!!!!!!!!!!!

Post a Comment

Harry Potter - Golden Snitch